Chapter Text
"Korang ni sejak kejadian Kaizo dengan Fang, asyik nak berhimpit je. Pergi sekolah nak berhimpit, lepak makan nak sempit-sempit, sampai pergi tandas pun nak berjemaah." Kata sebuah robot sfera kuning, Ochobot, yang memandang ke arah tiga rakan-rakannya, dengan nada yang paling menyampah sambil mengelap piring kaca milik kadai Kokotiam.
"Masalahnya, yang buat aku hairan, pergi tiga berekor ingatkan nak healing sama-sama, bukan bertengking lidah macam budak-budak! Tak bosan ke?"
Tiga rakan-rakan yang dimaksudkannya—Boboiboy, Gopal dan Fang, hanya memberikan senyuman 10 sen sahaja kepada Ochobot. Tidak sampai lima saat kemudian, mereka kembali mengusik antara satu sama lain, tidak kira nak menyiku sampai terjatuh ke lantai atau bertekak riuh yang tidak bermanfaat.
Sungguh, memang kecoh dekat sebuah meja yang terletak di tapak kawasan kedai Kokotiam. Pelanggan dan pengunjung yang datang makan sini pun hanya memberikan pandangan mendatar sebelum meneruskan dengan hal harian masing-masing. Biasalah, budak kan? Kalau tak kecoh, bukan budaklah namanya.
Dua lagi penghuni meja tersebut—Yaya dan Ying, mampu hanya sekadar menggeleng kepala dengan kerenah budak-budak lelaki yang tak matang langsung.
"Haih...bukan ke kita berkumpul kat sini sebab nak siapkan kerja sekolah? Kalau macam ni lah setiap kali nak study, baik tak payah ajak korang sekali." Sudah malas Yaya nak tegur mereka, dengan menghadap buku latihan matematiknya dengan coretan dan kiraan yang telah memenuhi ruang kosong sepanjang 15 minit mereka membuang masa berborak tak habis-habis.
Ying menggengam pennya, lalu menghempas tangannya di atas meja membuatkan tiga rakan-rakannya terkejut dan sekaligus berhenti mengeluarkan sebarang bunyi dari mulut mereka.
"Haiya! Duduk diam-diam boleh tak? Korang kalau nak pergi gaduh, pergi sana jauh-jauhlah! Kami yang nak ulang kaji ni susah nak fokus tahu tak? Pergi main sana! Shooh! Shooh!"
"Dey, Ying. Kau datang bulan ke? Relax sajalah. Kita orang tak kacau kau pun, tak perlulah halau kita orang."
Mendengar teguran dari kawannya, Boboiboy terdiam kesal, matanya memandang Yaya dengan Ying dengan penuh bersalah, "Maaf Yaya, Ying. Kami tak berniat nak buat hal. Terlebih-lebih pula kami bergurau."
"Ceh! Tahu tak apa." Malangnya, telinga Boboiboy sempat menangkap bisikan Fang yang bersandar pada kerusinya sambil memutarkan biji matanya, menyampah.
"Apa kau cakap—"
"Eh sudah, sudah! Kesian dekat Yaya dengan Ying tu. Mereka nak belajar, nak menuntut ilmu, nak jadi orang yang berjaya. Bukan macam budak-budak ni yang asyik nak bergaduh pasal semua benda! Cuba hormat sikit?" Ochobot cepat-cepat berada di tengah-tengah Fang dan Boboiboy, meleraikan apa-apa pertarungan yang bakal berlaku antara dua rival ini.
"Ala, Ochobot. Apa nak kesian? Kita orang tak buat kacau pun. Diorang je yang dramatik sangat." Gopal masuk campur. Sebenarnya dia dipaksa bapanya untuk ikut belajar dengan dua pelajar terpandai dalam kelasnya—Ya, termasuklah Boboiboy dan Fang, dengan harapan prestasi pelajarannya akan meningkat.
Ochobot sedang mencuba sedaya upaya untuk menahan amarahnya. Memang tak boleh pakai— "Gopal, kau tu dahlah tak pandai. Nombor satu dari belakang. Kalau kau tak pandai pun, sekurang-kurangnya beradablah sikit."
"Apa-apa sajalah engkau ni, Ochobot."
"Gopal, aku tegur kau pun dah macam cakap dengan dinding dah."
Gopal buat-buat tak dengar. Boboiboy yang tengok perangai Gopal yang tak kesah dengan Ochobot mula naik darah dengan tingkah laku itu.
Gopal best friend dia, dia tak akan nafi, tetapi Ochobot ni dia dah anggap sebagai adik dia sendiri.
Berani dia buat tak tahu je dekat Ochobot?
Meh sini dia seletip mulut tu—
Idea yang bernas tiba-tiba lantas di fikiran Ochobot. Dengan senyuman yang penuh hikmat, dia perlahan-lahan cakap, "Ooooohhh... Ok. Sekarang baru aku faham. Korang ni sebenarnya rindu Fang, kan? Tak nak tengok dia pergi balik dengan abang dia lagi, kan? Alolololo comelnya..."
Terus Boboiboy dengan Gopal terkedu dekat tempat duduk mereka, tersentak. Fang pula mengangkat kening, curiga dengan kata-kata Ochobot.
Ying yang perasan akan tindakan Ochobot, ikut sindir, "Oooohhh...patutlah pergi mana-mana sahaja bertiga, kan? Tak nak tinggalkan Fang keseorangan. Aiyo...Fang, mereka berdua sayang kau sangat! Itu yang mereka asyik usik kau je!"
Boboiboy dan Gopal terus membantah, "MANA ADA KITA ORANG RINDU!"
Fang megukir senyuman sinis, "Ooohhh...jadi betullah korang ni sayang aku." Dia tergelak kecil. "Tak apa. Aku faham. Aku ni memang orang sayang gila-gila kat aku. Tak hairanlah korang berdua pun tak boleh nak lawan dengan karisma aku yang cool ni."
Gopal memandang Fang jijik. "Perasan."
"Eleh, macamlah kita orang nak tengok muka kau setiap hari. Dua minit pun aku tak sanggup. Nak muntah aku." Boboiboy tidak akan mengalah. Siapa Fang nak cuba menang perang mulut dengan dia?
"Ish, kau megaku jelah kau sayang aku! Kau juga yang bertarung dengan abang aku habis-habisan. Pantang menyerah engkau tu sampai abang aku cakap kau ni memang dia tak nak hadap lagi. Penat nak layan katanya."
"Weh, Fang! Kau jangan nak bangga sangat! Kau tak ingat yang kau tu punya sayang kat kita orang ni sampai sanggup belot abang kau? Kau berlari jumpa dengan kita orang ni tau!" Gopal menuduh. Kalau kawannya pantang menyerah dalam pertarungan, dia pantang kalah dalam pergaduhan mulut.
Bermulalah pergaduhan antara tiga rakan itu sekali lagi. Yaya yang dah cukup masak dengan perangai mereka, hanya mampu berdoa yang hari ini akan memberinya ketenangan untuk study matematik.
Manakala, ada sebab perbahasa melayu 'Malang tidak berbau' digunakan dalam kehidupan rakyat Malaysa.
Di langit yang biru, kedamaian hari yang baik-baik sahaja dikacau dengan sebuah portal yang terbuka, lubang besar yang gelap mengganggu suasana seri Kokotiam.
Hentaman yang sangat dahsyat dihasilkan apabila sesuatu keluar daripada portal itu dalam sekelip mata sahaja, menghasilkan impak yang besar disaksikan oleh ramai pengunjung kedai Kokotiam Tok Aba. Tidak dikenal pasti apa yang tercampak daripada portal itu, hanya sekadar siluet besar yang dilitupi kabus akibat terhempas dengan sebuah pondok berdekatan Kokotiam Tok Aba.
Perasaan cemas dan panik menguasai diri pengunjung kedai Kokotiam, menjerit dan melari mencari tempat selamat yang jauh dari punca hentaman besar itu.
Beberapa pokok habis dilesap daripada tanah, pondok yang malang itu turut dimusnah meninggalkan hanya tiang besi dan tapak konkrit yang tidak sekata.
Tanah yang dihiasi rumput hijau juga terkikis, dibagaikan seperti cangkul gergasi yang menggali tidak sekata.
Tanpa memikir panjang, Boboiboy dan rakan-rakannya menuju ke punca kemusnahan itu. Tersentak apabila memerhatikan objek didepan mereka.
"Ini... ini robot apa?"
Ya, siluet yang tidak dikenal pasti itu adalah sebuah robot yang besar, lebih 10 kali ganda berbanding kedai Tok Aba. Bertuah robot ini tidak hidup selepas kena hempas, percikan-percikan listrik kecil menandakan robot ini mengalami isu litar dalaman.
"Wah, canggihnya robot ni. Besar pula tu!" Walaupun situasi ini tidak dijangka dan berkemungkinan berbahaya untuk mereka, Gopal memeriksa bahagian-bahagian badan robot itu dengan mata yang bersinar-sinar.
"Yaloh! Dah kena campak kuat dari portal itu pun masih lagi boleh bertahan. Tengoklah, tiada kesan kemek atau letupan, hanya sekadar calar sahaja." Ying mengikut puji kualiti robot misteri yang bersandar pada bekas pondok yang termusnah.
"Ish, hati-hatilah! Korang tak nampak ke? Robot ni sah-sah teknologi buatan alien. Mesti ada alien mengawal dalam robot tu. Kita perlu bersiap sedia kalau dia mula serang kita." Fang bergerak pantas untuk berada di depan kawan-kawannya, mengelakkan mereka daripada datang menghampiri teknologi alien yang tidak dikenal pasti, memposisikan badannya betul-betul di depan robot itu.
Ochobot yang setuju dengan pandangan Fang, lekas mengaktifkan skrin pembias untuk scan robot tersebut, hendak mencari clue apa sebenarnya robot ini.
Melihat tindakan Ochobot, Boboiboy menarik nafas menenangkan diri, menyusun strategi dalam otaknya untuk gerakan yang sepatutnya. "Aku rasa lebih baik kita tunggu sesiapa dalam robot ini keluar. Bawa berbincang dulu. Kita tak tahu kalau alien dalam ni berniat jahat atau memang dia terlibat dengan kemalangan yang tak disangka."
"Betul cakap Boboiboy. Tak elok kita serang-serang orang macam tu je. Walaumana curiga pun, kita mesti selesaikan masalah ini dengan cara yang baik."
Sebaik sahaja Yaya cakap begitu, Gopal terjumpa butang berwarna merah yang berada berdekatan di belakang leher robot itu. Butang itu betul-betul terletak di bawah kepala besi robot yang bersambungan dengan lehernya. Gopal terjumpa pun sebab dia teruja sangat dengan reka bentuk robot gergasi yang modelnya hampir sama dengan golem tanah kuasa Gempa rakan karibnya.
Tunggu apa lagi? Dia tekanlah butang itu.
Bunyi alarm yang bingit keluar daripada robot itu secara tiba-tiba, sakit telinga didengarnya sampai semua yang berdekatan menutup rapat telinga mereka. Wajah semua bekerut tidak tenang, mencuba untuk menahan bunyi yang berupaya memecahkan gegendang telinga mereka dengan parah.
Syukurlah tidak lama bunyi itu dimainkan, mati setelah beberapa saat menyiksa telinga para saksi didepannya. Menghela nafas lega, Boboiboy tidak sempat untuk bertanya kondisi rakan-rakannya apabila kepala robot itu terbuka perlahan-lahan daripada kuncinya.
...
"...Fang, itu alien ke manusia?" Boboiboy sangat hairan dengan imej sosok tubuh disebalik robot gergasi itu.
Mana mungkin tidak hairan? Alien, atau lebih sesuai digelar alien yang menyerupai manusia dalam pangkuan kawalan robot gergasi, berketerampilan seperti manusia biasa. Malangnya, dia dalam keadaan tidak sedar, badannya tidak bergerak daripada tempatnya walaupun seinci. Anehnya orang ini.
Boboiboy curiga dengan orang aneh itu, kerana pakaian yang dipakai olehnya nampak macam corak pakaian elemental-elementalnya. Bertemakan warna yang seragam dengan tema alam semula jadi, membuatkannya mudah untuk pecahan elementalnya dibezakan.
Yalah, merah darah untuk Halilintar yang kerap marah, biru untuk Taufan yang murah dengan senyumannya dan emas untuk Gempa yang paling bertanggungjawab.
Orang (atau alien) dalam robot gergasi memakai sut hitam berperisai besi yang melindung dadanya beserta dengan jaket berwarna merah dan perang. Manakala, perkara yang paling membuatkan Boboiboy tertarik dengan orang ini ialah topinya yang mempunyai pin logo elemental yang unik, berbentuk gabungan tanah dan listrik merah.
Fang melangkah ke depan, mendekatkan dirinya untuk memeriksa tubuh dalam robot gergasi yang tidak menyedarkan diri lagi. Belum sempat tangan dia sentuh lengan tubuh itu, dia berdesing sakit, akibat belakangnya dihempas dan ditahan pada permukaan besi yang keras pada robot gergasi, pelakunya kasar dan sangat pantas dengan refleksnya.
Fang mengaduh kesal. Bagaimana dia tak dapat mengesan pergerakan selaju itu?
Macam...
"Fang!"
"Kau lepaskan Fang!"
Jeritan kawan-kawan Fang berjaya menghentikan pergerakan si aneh yang seterusnya. Dia kelihatan terkejut, matanya membulat besar dan memandang Fang atas bawah macam tidak percaya apa yang ada didepannya.
"...Fang?" Dia mengeluarkan suaranya yang tidak dapat ditangkap oleh orang lain melainkan orang dalam tahanannya.
"Mac-macam mana kau tahu nama aku—"
"Wah, wah? Adik Fang dah jadi comellah!"
"...Ha?"
"Ya Allah, dapat juga aku tengok Fang masa kecil-kecil dulu. Tak strong lah abang Gempa! Muka pipi tembam macam ini nak kata garang?" Dia tergelak sendiri, jari-jemarinya bermain picit-picit dengan pipi Fang.
"Woi, lepaskan akulah!" Fang, dengan ego dan imejnya dipertaruhkan, mencuba sedaya-upaya untuk melepaskan tangan yang khusyuk memalukan dia depan kawan-kawannya.
Kesannya semakin parah. Makin dipulas tanpa balas kasihan mukanya. Dibuat seakan-akan Fang itu bayi yang dia lahirkan sendiri, melayan dia dengan intonasi yang manja dan lembut. Senyuman yang terukir di wajahnya berkembang lebar bagai cahaya matahari yang menembusi awan-awan di langit biru.
"Pft..." Kawan-kawan Fang menahan gelak sampai badan mereka menggigil-gigil untuk menjaga imej Fang, yang semestinya sedang berperang mulut dengan orang aneh itu.
Gopal lain cerita. Dia mana kisah. Jadi dia terguling-gulinglah menggelakkan Fang yang dibuli dengan kekejaman yang tak terhingga.
Ah sudah. Tiada gunanya tahan lagi. Boboiboy turut tergelak dengan geli hati, diikuti Yaya dan Ying.
Dalam sesi menggelakkan aib kawan, Ochobot sahaja yang tidak ikut gelak. Bahkan, perbuatan scanning robot tadi telah melompat ke orang aneh itu sebaik sahaja dia keluar daripada robotnya.
Semua bunyi luaran disenyapkan dalam minda Ochobot, keningnya mula berkerut dan badannya mula rasa tidak selesa, bergerak ke sini ke sana dengan rasa yang tidak sedap dalam hatinya.
Dia sejak tadi lagi sudah terima data daripada robot yang sudah dia scan, tetapi maklumat yang dianalisis dan diterima membuatkan Ochobot bingung. Betul ke apa yang dia baca ini?
Ochobot mencari lagi maklumat untuk membuktikan yang datanya salah, cepat-cepat dia menyorok belakang Yaya untuk tidak mendedahkan dirinya kepada orang aneh apabila dia keluar daipada robotnya. Ada yang tak betul dengan apa scanner dia tangkap, sebab dia tak boleh terima yang bacaan kuasa yang ada orang aneh itu, mempunyai bacaan kuasa yang sama dengan Boboiboy.
Tidak mungkin. Ini mustahil! Boboiboy sahaja yang memegang kuasa ni! Kenapa....
Kenapa bacaan kuasa Halilintar dan Gempa ada pada orang aneh ni?
Ochobot bergegas untuk mencari lagi maklumat secara mendalam, sebagai langkah berjaga-jaga jika orang aneh itu menjadi musuh. Walaupun dia dilanda ketakutan, dia pujuk juga diri dia untuk menggali kelemahan si aneh itu.
Dia perlu berhati-hati.
Lebih-lebih lagi kuasa yang dianalisis pada orang itu lebih ekstrem daripada Boboiboy.
Buat masa ini, dia akan mengawasi sahaja orang aneh itu dari jauh.
---
Orang aneh itu membeku sesaat dia terdengar gelakan yang riang itu. Khususnya, gelakan Boboiboy yang menggemparkan hatinya.
Dia melirik pandangannya kepada tubuh yang bertopi oren, degupan jantungnya seolah-olah air terjun yang takut megeluarkan sebarang bunyi, perlahan tetapi seluruh badannya terdiam kaku.
Fang melihat perubahan orang aneh yang tidak terduga itu, perhatiannya ditarik sepenuhnya daripada muka Fang. Tangannya pun ikut berhenti menarik pipinya tanpa dia sedar.
"Tuan...?" Dia berbisik, mengambil langkah menjauhkan dirinya daripada Fang, lantas melepaskan Fang daripada tahanannya. Dengan lega, Fang megurut pergelangan tangannya yang lenguh. Memang kuat orang aneh ini tahan dia.
Tetapi, sekarang Boboiboy yang menjadi mangsa kepada tumpuannya.
Orang aneh itu tidak menghiraukan sekelilingnya, anak matanya hanya tertumpu kepada Boboiboy.
Demi satu langkah ke satu langkah, orang aneh itu menuju ke arah Boboiboy yang telah berhenti gelak tak teringat dunia.
Semua penguasa kuasa manipulasi di situ menegangkan bahu, postur badan tegak lurus, mereka mengawasi kelakuan orang aneh itu yang berjalan menghampiri Boboiboy. Reaksi mukanya ibarat melihat Boboiboy itu sebuah fenomena yang mustahil baginya, menelan segala detail Boboiboy dengan terperinci, tak melepaskan satu pun daripada pandangannya.
Boboiboy dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan orang aneh ini. Dengan risiko untuk diserang bukan 0%, dia membuka kekuda dan menggengam tangannya, jam kuasanya pun sudah bersiap sedia untuk menghadapi lawannya.
"Tuan?" Bisik orang aneh itu lagi.
Setiba dia berada bersemuka di depan Boboiboy, alangkah terkejutnya dibuat sang penguasa elemental apabila telapak tangannya dibuai dengan lemah lembut, dalam genggaman si aneh yang terketar-ketar macam takut tangan dalam cengkamannya akan retak dan pecah, seolah-olah dia memegang kaca rapuh yang akan retak sekiranya ditekan dengan daya sekecil semut.
Belum cukup terkejut lagi dibuat orang sekelilingnya, dia melutut mengahadap Boboiboy, menundukkan kepalanya sambil tangan Boboiboy dieltakkan pada dahinya.
"Betullah cakap abang Hali...tangan tuan sangat sedap dibuai." Dia tersengih. Ada betul juga abang dia yang selalu campak dia setiap kali dia kacau abang kesayangannya .
Suasana menjadi tegang, semua terpegun dengan pernyataan si aneh yang masih melutut dengan salam yang menunjukkan rasa hormat yang tinggi.
Malang baginya, tangan kecil itu hilang dari cengkaman dia, diganti dengan pedang merah yang megeluarkan renjatan elektrik liar di depan biji matanya, tidak sabar untuk mencari mangsa sambaran halilintar yang pedih dan menyiksakan yang seterusnya.
"Siapa engkau memangil aku dengan gelaran itu?"
---
Terbuktilah, bahawa yang berada di depan si aneh itu bukan lagi superhero bumi Boboiboy, tetapi kelibat yang digeruni oleh musuh-musuh mereka yang pernah mencuba untuk menetap di bumi.
Boboiboy Halilintar, kuasa elemental Boboiboy yang paling dahsyat dalam hal pertarungan sehingga boleh dikatakan gaya berlawannya kejam dan tidak memberi ruang untuk belas kasihan langsung terhadap lawan-lawannya. Persona Boboiboy yang paling sukar untuk didekati oleh penduduk Pulau Rintis.
Siapa sangka si aneh tidak mengendahkan tatapan tajam dan sikap dingin yang buat istimewa terhadapnya, malah memandangnya dengan wajah yang sangat teruja macam dia berjumpa dengan idola hidupnya.
"Abang Hali!" Sepantas cahaya, dia bangun dari posisi melutut lalu membalut kedua-dua tangannya mengelilingi badan Boboiboy Halilintar, mengejutkan penguasa Halilintar dengan pelukan yang amat erat.
"Abang Hali!" Dia mengulang kalimat tersebut, sempat lagi si aneh menggesel mukanya pada pipi Halilintar, ibarat kucing yang bermanja dengan tuannya yang sekian lama baru balik dari kerja.
"Uhm..." Yaya dan Ying sebagai penonton yang tidak berbayar kepada telatah yang penuh kasih sayang itu, ternganga mulut mereka dengan perangai si aneh yang tak kenal malu (cari maut cepat pun ya juga).
"Abang Hali!" Gopal sekali lagi berguling-guling di atas tanah dengan geli hati, terbahak-bahak dia gelak tengok riak muka Halilintar yang seperti rusa masuk kampung, usaha untuk menolak muka si aneh manjadi sia-sia.
Fang?
Best friend dia memang Boboiboy. Jadi, sebagai rakan yang setia dan berhati murni, dia pun tiadanya nak berkelakuan tidak senonoh terhadap gelagat itu.
Masalahnya, dia bukanlah rakan yang terpaling hati murni bila nampak kawan dalam kesusahan. Dia pula memegang gelaran sebagai 'rival nombor 1 Boboiboy'. Nasiblah otak dia tak fikir panjang, terus berpakat dengan Gopal menggelakkan Halilintar yang disiram dengan 'kasih sayang' si aneh itu.
Telefon mana telefon? Dia nak tangkap gambar juga ni. Buat jual dekat peminat-peminat Boboiboy (fangirls yang gila) di sekolah. Tiadalah musibah Halilintar diketepikan macam tu sahaja. Biarlah dapat untung sikit, kan?
"Abang Hali!" Tak cukup kasih sayang nak disampaikannya, dia peluk lagi Halilintar lalu mengangkatnya ke udara. Si aneh dengan gembiranya memusingkan badannya bersama Halilintar dalam pangkuannya.
Mangsa pangkuan dia pula naik mual dengan si aneh yang lebih-lebih dengan pelukannya, pening terasa bila asyik diayan macam budak tiga tahun.
"PFT...HAHAHHAHAHHA!" apa gunanya kawan kalau tak nak tolong dia dari cengkaman kejahatan ini? Dah lah tak tolong, lepas tu tambah lagi batu api. Nak masak apa pun dah tak tahu.
Masak dia lah kot. Nak tambah pahit dekat pengalaman yang memang dah pahit ni.
Tidak menahan geram dengan kelakuan si aneh ini, Halilintar merenjat dia dengan sambaran kilat.
"AGH!"
Akhirnya Halilintar berjaya melepaskan diri daripada si aneh, yang keadaannya masih sedang pulih daripada renjatan elektrik.
Itulah perkara yang disangkakan Halilintar. Yaya sudah sedia untuk memberikan sepatah dua kata betapa bahayanya renjat orang macam tu sahaja tetapi dihalang dengan suara gelakan si aneh yang kedengaran tidak waras.
Si aneh, kelihatan tidak mempunyai kesan renjatan walaupun sedikit di badannya. Sebaliknya, dia gelak terbahak-bahak sambil memegang perutnya, seakan-akan dia terhibur apabila kena renjatan elektrik yang sepatutnya mencederakan dia.
Semua yang berada di sekelilingnya bermula rasa tidak sedap hati. Halilintar bertukar kembali menjadi Boboiboy, signal amaran telah berbunyi-bunyi dalam kepalanya secara besar-besaran.
Si aneh tidak berhenti dengan gelakan ngerinya. Naik bulu roma mereka tengok orang yang betul-betul tak waras depan mata.
Yaya senyap-senyap membelakangkan diri, melindungi Ochobot yang dia perasan sejak ketibaan si aneh asyik menggigil-gigil, tangannya memeluk tubuh macam mereka akan menjadi mangsa nahas bila-bila masa.
"Ochobot...kenapa ni?" Yaya membisik.
Suara Ochobot membuatkan Yaya rasa cemas, terketar-ketar penuh ketakutan, "Yaya...kau pergi lindung Boboiboy. Jangan bagi orang tu pakai kuasa dia!"
Pertanyaan Yaya yang seterusnya dipotong oleh gelakan si aneh yang menjadi semakin kuat, mengakibatkan badan Ochobot berhenti menggigil seketika.
Si aneh mengelap air mata yang terkeluar, perkara yang terjadi di depan matanya berjaya menjadi moment yang paling lawak dalam list dia. Best betul hari ni!
Pandangan biji matanya diarahkan kepada Yaya, atau lebih tepatnya Ochobot yang kembali menggigil-gigil ketakutan dibelakangnya. Mereka berdua terperanjat, tatapan mata si aneh sangat tajam sehingga nafas mereka terpotong kecil, tidak mampu menghiraukan sekeliling kerana roh mereka terdiam terperangkap dalam tatapan merah mata si aneh.
Fang dan Ying, dua-dua melangkah kehadapan menghalang si aneh untuk maju ke Yaya dan Ochobot.
Gopal mula menitiskan air peluh, memberanikan dirinya untuk mempertanhankan kawan-kawannya.
Boboiboy berdiri paling depan, matanya membalas tatapan tajam yang ada hati untuk takutkan Ochobot. Bersiap sedialah kau!
Si aneh tersengih, tidak menghiraukan Boboiboy dan rakan-rakannya. "Haih...Ochobot... Memang teruk abang ni tak dapat cam muka kau. Tidak apalah. Ochobot, wahai adikku sayang, engkau tetap comel di mata abang tidak kira rupa atau masa."
"Salam perkenalan....masa silam."
